Sunday 3 August 2014

Laporan Sambutan Hari Raya Alumni PKB 2014



Persatuan Alumni Politeknik Kota Bharu (PAPKB) pada tahun ini telah mengadakan satu Program Jamuan Silatulrahim dwitahunan iaitu Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1435/2014 bertempat di D’Tunjong Banquet, Jalan Kuala Krai, Kota Bharu, Kelantan pada Hari Rabu 30 julai 2014 bersamaan 3 Syawal 1435 mulai jam 2.00 petang. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah Politeknik Kota Bharu, Mejar (K) Hj Noor Azahan bin Othman.

Tujuan utama diadakan Majlis Jamuan Makan Malam ini ialah untuk mengeratkan lagi Silatulrahim dan Muhibbah diantara bekas-bekas pelajar Politeknik Kota Bharu.  PAPKB juga telah meraikan pelajar-pelajar miskin yang belajar di Politeknik Kota Bharu dalam pelbagai jurusan. Dalam masa yang sama turut diadakan kutipan Tabung kemanusiaan Palastin (GAZA)  
Majlis ini diserikan dengan pembahagian duit raya kepada semua anak-anak ahli PAPKB yang hadir, penyampaian sijil penghargaan, penyampaian sumbangan khairat kematian dan turut diadakan cabutan Nombor Bertuah.

Majlis kali ini amat ceria dengan kehadiran lebih daripada 500 orang tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. Menurut Presiden PAPKB, En Mohd Hisham bin Makhtar kehadiran kali ini sangat meriah, mungkin hasil daripada publisiti yang meluas melalui internet, facebook, whatsapp, email dan melalui siaraya radio dan surat khabar.

Sambutan Hari Raya Alumni Politeknik Kota Bharu (PAPKB)



Di Tunjong Banquet, Belakang Jaafar Rawas, Jln Kuala Krai, Kota Bharu 30 Julai 2014